Sunday, October 24, 2010

BAB NAQAL SAKT WAL WAQF ‘ALAL HAMZ


Mohd Rasyidi bin Mahfuz
(M101112719)

Bait 1
1. Imam Ibnu Wardan baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ pada kalimah (آلئن) pada seluruh tempat di dalam al-Quran al-Karim termasuk dua tempat dalam Surah Yunus.

2. Imam Abu Jaafar juga baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Dal pada kalimah ( ردّا) dalam Surah al-Qasas.

3. Ibnu Wardan juga baca dengan bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Lam pada kalimah ( ملء ) dalam surah al-Imran .

Bait 2
1. Imam Ruwais bacaan naqal iaitu memindahkan baris huruf hamzah Qato’ pada kalimah (إستبرق) dalam surah ar-Rahman.

2. Imam Kholaf al-‘Asyir memindahkan baris huruf hamzah Qato’ ke dalam huruf Siin ( س) pada kalimah (فسئلوا) dan kalimah ( وسئلوا) dan disebut Fasalu dan Wasalu.

3. Imam Kholaf tiada bacaan Saktah sama ada saktah ( ال) , Saktah ( شيء) , dan Saktah Mafsul . Begitu juga tiada perubahan bacaan huruf hamzah ketika waqaf.

No comments:

Post a Comment