Thursday, August 26, 2010

Muqaddimah Laman

Assalamualaikumwarahmatullah, Selamat datang ke blog Matan Durrah. Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Illahi kita masih diberikan peluang untuk terus mencari ilmu bagi beramal kepadaNya. Kami pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Kolej Universiti Insaniah, Alor Star Kedah telah diamanahkan untuk melaksanakan kerja kursus Qiraat Ilmi 1 dalam bentuk laman web. Terima kasih kepada pensyarah bagi madah Qiraat Ilmi 1 iaitu Ustaz Zaki B. Abdul Hamid kerana memberi tugasan yang begitu manfaat kepada kami dan juga umat islam di luar sana. Dalam blog ini kami akan menghuraikan mengenai matan Durrah yang melibatkan tiga Imam Qiraat sahaja. Kami juga ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan pada isi kandungan blog ini maklumlah kami masih di peringkat pembelajaran. Kami berharap para pelawat dapat berkongsi ilmu disini yang memberi manfaat serta syafaat kepada seluruh umat islam di bumi akhir usia.

No comments:

Post a Comment