Monday, August 30, 2010

BAB HAMZATAIN MIN KALIMATAIN


Muhammad Ashraf bin Tajuddin
(M101195219)


Imam Abu Jaafar dan Ruwais baca tashil hamzah kedua. Dan terdapat perbezaan antara bacaan Abu jaafar dengan Qalun.

Apabila bertemu dua huruf hamzah Qata’ yang berbeza baris dalam dua kalimah, maka Imam Ruwais akan baca seperti berikut:

- Seperti kalimah تفىءَ إِلى , huruf hamzah pertama baris atas(fatah) & huruf hamzah kedua baris bawah(kasrah), maka bacaan tashil hamzah yang kedua.

- Seperti kalimah (جاءَ أُمة) , huruf hamzah pertama baris atas(fatah) & huruf hamzah kedua baris depan(Dhommah), maka bacaan tashil huruf hamzah kedua.

- Seperti kalimah (السفهاءُ أَلا), huruf hamzah pertama baris depan(dhommah) & huruf hamzah kedua baris atas(fatah), maka bacaan dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi
(السفهاءُ وَلا).

- Seperti kalimah (من السماءِ أَوائتنا), huruf hamzah pertama baris bawah(kasrah) & huruf hamzah kedua baris atas(fatah), maka bacaan dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Ya(ي) menjadi
(من السماءِ يَوائتنا)

- Seperti kalimah (يشاءُ إِلى), huruf hamzah pertama baris depan(dhommah) & huruf hamzah kedua baris bawah(kasrah), maka bacaan dengan dua wajah:

(ا) Tashil huruf Hamzah kedua.
(ب) Ibdal huruf hamzah kedua dengan huruf Wau(و ) menjadi (يشاءُوِلى)

Imam Rauh baca dengan tahkik pada kedua-dua bahagian sama ada sama baris atau tidak sama.

No comments:

Post a Comment