Thursday, August 26, 2010

BAB ISTI'ADZAH


Ahmad Saufi bin Hashim
(M101139819)


1. Makna isti’adzah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Iaitu minta atau memohon perlindungan Allah daripada syaitan.






2. Terdapat 3 sighah isti’adzah iaitu





أعوذ بالله من الشيطان الرجيم



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطﺎﻦالرجيم



أعوذ بالله من الشيطان




3. Persepakatan Qura’ mengatakan Rasulullah S.A.W tidak menambah pada sighah اعوذ بالله من الشيطا ن الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahihnya yang diriwayatkan Abu Daud daripada hadis Abi Said Alkhudri R.A mafhumnya : dalam bangun malam Rasulullah S.A.W berkata






الرجيم من همزه ونفخه ونفشه اعوذ بالله السميع العلبم من الشيطا





4. Dalam kitab Hadis membahaskan daripada darjat-darjat Hadis dan dalil-dalil isti’adzah. Dalam kitab Qiraat pula membahaskan tentang bacaan kuat dan perlahan. Manakala dalam kitab feqah pula membahaskan adakah disuruh, sunat atau wajib.




5. Sesetengah pendapat mengatakan seluruh Qura’ membaca isti’adzah dengan perlahan pada awal surah al-fatihah kecuali Hamzah.




6. Diriwayatkan pula bahawa Nafi’ membaca isti’adzah dengan perlahan bagi seluruh permulaan al-Quran.




7. Yang sahihnya seluruh Qura’ menyatakan tempat yang diperlahankan isti’adzahnya :


-apabila qari membaca perlahan samada seorang diri atau ramai.


-apabila membaca dalam solat jahar atau sir.


-apabila dalam keadaan sembunyi.


-apabila membaca ditengah jemaah tadarus al-Quran bukan orang pertama.* Selain daripada tempat tersebut diharuskan membaca kuat.




8. Pengulangan isti’adzah :


a) Tidak perlu mengulangi isti’adzah apabila dalam bacaannya mendatangkan darurat seperti batuk, atau percakapan berkaitan dengan qiraat.


b) Perlu mengulangi isti’adzah apabila percakapan terkeluar daripada bacaan atau menjawab salam.




9. Wajah-wajah isti’adzah :



a) Berhenti isti’adzah pada basmallah dan pada awal surah.


b) Berhenti isti’adzah pada basmallah dan menyambung basmallah dengan awal surah.


c) Sambung isti’adzah dengan basmallah dan berhenti pada awal surah.


d) Sambung isti’adzah dengan basmallah dan awal surah.






Terdapat 2 cara membaca isti’adzah diawal surah at-taubah :


1) Berhenti pada isti’adzah kemudian meneruskan bacaan.


2) Menyambung isti’adzah dengan awal surah.




1 comment: