Thursday, August 26, 2010

Pengenalan Ilmu Qiraat

PENGERTIAN AL-QURAN
1) Pada bahasa (lughah) merupakan masdar daripada kata (قرأ). Pada Istilah “Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam Mushaf bermula dangan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya marupakan satu ibadah.’’
PENGERTIAN QIRAAT
1) Pada Bahasa (lughah) : Merupakan kata jama’ daripada kalimah qira’ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang di baca.
2) Menurut Istilah : pebezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemuanya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad S.A.W.
3) Kekhilafan ( perselisihan pendapat atau pandangan ) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.
HUBUNGAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT
1) Merupakan dua perkara atau benda yang berbeza.
2) Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
3) Al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid, pelat, i’rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi / musyafahah.
KELEBIHAN ILMU QIRAAT
1) Menerangkan hukum yang telah diijma’kan (disepakati) diatasnya.
2) Meguatkan hukum yang khilaf ( perbezaan ).
3)Memudahkan hafalan dan ingatannya serta mudah diterima umat Islam kerana ia mempunyai ilmu Balaghah ( kesusasteraan arab yang berbagai-bagai ) dan ringkasan yang mudah difahami.
4) Ia juga menerangkan kelebihan dan kemulian umat Nabi Muhammad S.A.W. berbanding umat yang lain.
5) Memahami aspek dan kandungan Al-Quran dan lebih luas dan mendalam.
6) Terpelihara daripada kesilapan membaca atau menyebut kalimah-kalimah Al-Quran daripada asalnya.
7) Menjaga daripada berlaku penyelewengan dan perubahan pada kalimah Al-Quran daripada aslnya.
8) Dapat mengetahui sanad bacaan dan imam-imamnya serta membezakan bacaan yang diharuskan atau sebaliknya.
AL-QURAN DITURUNKAN DENGAN TUJUH HURUF

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan bahawa al-quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dengan 7 huruf.
Antara hadis-hadis sahih yg menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :
Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Telah bersabda Rasullullah s.a.w “Jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf,maka aku sentiasa mengulang-ulanginya.aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut .Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”

1 comment: