Monday, August 30, 2010
BAB HAMZATAIN MIN KALIMATAIN
Muhammad Ashraf bin Tajuddin
(M101195219)
Imam Abu Jaafar dan Ruwais baca tashil hamzah kedua. Dan terdapat perbezaan antara bacaan Abu jaafar dengan Qalun.
Apabila bertemu dua huruf hamzah Qata’ yang berbeza baris dalam dua kalimah, maka Imam Ruwais akan baca seperti berikut:
- Seperti kalimah تفىءَ إِلى , huruf hamzah pertama baris atas(fatah) & huruf hamzah kedua baris bawah(kasrah), maka bacaan tashil hamzah yang kedua.
- Seperti kalimah (جاءَ أُمة) , huruf hamzah pertama baris atas(fatah) & huruf hamzah kedua baris depan(Dhommah), maka bacaan tashil huruf hamzah kedua.
- Seperti kalimah (السفهاءُ أَلا), huruf hamzah pertama baris depan(dhommah) & huruf hamzah kedua baris atas(fatah), maka bacaan dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi
(السفهاءُ وَلا).
- Seperti kalimah (من السماءِ أَوائتنا), huruf hamzah pertama baris bawah(kasrah) & huruf hamzah kedua baris atas(fatah), maka bacaan dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Ya(ي) menjadi
(من السماءِ يَوائتنا)
- Seperti kalimah (يشاءُ إِلى), huruf hamzah pertama baris depan(dhommah) & huruf hamzah kedua baris bawah(kasrah), maka bacaan dengan dua wajah:
(ا) Tashil huruf Hamzah kedua.
(ب) Ibdal huruf hamzah kedua dengan huruf Wau(و ) menjadi (يشاءُوِلى)
Imam Rauh baca dengan tahkik pada kedua-dua bahagian sama ada sama baris atau tidak sama.
BAB HAMZATAIN MIN KALIMAH
5)Muhammad Ashraf bin Tajuddin
(M101195219)
- Telah membaca imam Ruh dengan bacaan tahkik hamzah kedua tanpa idkhol sama ada kedua-dua hamzah sama baris atau berbeza baris.
- Seperti contoh:
- ءَأَنذرتهم
- أَءِناَّ
- أَءُنزِلَ
- Imam Abu Jaafar membaca tashil hamzah pertama dan idkhol pada huruf hamzah kedua sama ada sama baris atau berbeza baris. Seperti contoh di atas.
- Imam Yaakub membaca seperti bacaan Imam Ruh.
- Imam Ruwais baca dengan satu hamzah sahaja pada kalimah ( أءمنتم
- Imam Abu Jaafar baca dengan satu hamzah pada kalimah (لأنت)
- Imam Kholaf baca dengan satu hamzah pada kalimah (أأن كان)
- Imam Abu Jaafar dan Yaakub baca dengan dua hamzah pada kalimah (أأذهبتم)
- Imam Abu Jaafar baca dengan satu hamzah pada kalimah (أءذا))
Friday, August 27, 2010
BAB MAD WAL QASR
(M101139819)
ABU JAAFAR
- Pada hukum Mad Munfasil, Mad Lin dan Mad Badal, Abu Jaafar akan membaca dengan 2 harakat.
- Jika dalam satu kalimah terdapat 2 huruf hamzah Qato’ (ء), sama ada kedua-dua huruf hamzah tersebut sama baris ataupun tidak, seperti ( ءَأَنْذَرْتَهُم ),( أَئِذَا ), maka Abu Jaafar akan membaca dengan tashil pada huruf hamzah ( ء ) pertama dan idkhal pada huruf hamzah ( ء ) kedua.
YAAKOB
- Imam Yaakub akan membaca Mad Muttasil dengan kadar empat harakat dan Mad Munfasil dengan kadar dua harakat.
Dalil ad-Durrah dalam bab Mad Wal-Qasr :وَمَدَّهُمُ وَسِّطْ وَمَا انْفَصَلَ اقْصُرَنْ ( أ) لاَ ( ﺤ )-زْ
KHOLAF
- Imam Kholaf akan menaqalkan kalimah ( وَسئَلوا ) dan ( فَسْئَلوا ) yang terdapat di dalam al-Quran menjadi ( وَسَلُوا ) dan ( فَسَلُوا ).
Dalil ad-Durrah dalam bab Mad wal Qasr : وَمَدَّهُمُ وَسِّطْ
BAB HA' KINAYAH
(M101139819)
- Pada bab Ha’ Kinayah bacaan Abu Jaa’far mensukunkan huruf Ha’pada lima lafaz iaitu:
- يُؤَدِّهِ إِليكَ Surah Al- Imran
- نُوَلَّهِ ماَ تَوَلَّى Surah
- وَنُصْلِهِ Surah An-nisa
- نُؤْتِهْ مِنْهَا dua tempat dalam surah al-imran dan satu tempat dalam surah as-syuara
- فَأَلْقِهْ dalam surah An-Namlu
والقَصْرُ (ﺤ ) مُلاَ
- Bacaan Yaakub mengikhtilaskan (bacaan laju) huruf ha’ dalam kesemua lafaz. َيَتَّقِهْ وامْدُدْ ( جُدْ )
- Bacaan Ibnu Jammaz dan Yaakub mngikhtilaskan يَتَّقِهْ dalam surah an-nur.
وَسَكَّنْ ( بِ )ﻪ
- Bacaan Ibnu Wardan mensukunkan huruf ha’ dalam يَتَّقِهْ
- Bacaan Ibnu Jammaz mensukunkan huruf ha’ dalam يَرْضَه
- Bacaan Yaakub membaca dengan قَصْر (pendek) pada kalimah ُ يَرْضَه
- Bacaan Ibnu Wardan membaca dengan إشبابع ( panjang dengan kadar 6 harakat )
وَيأَتِهْ ( أ ) تَى ( ﻳُ ) شْرٌ وَبِالقَصْرِ ( ط )فْ وَأَرْ جِهْ ( ب) نْ وَأَشْبِعْ ( ﺟُ ) دْ وَفي الكُلٌ ( ﻓ )ﺂ نْقُلاَ
- Bacaan Abu Jaafar dan Ruh menishba’kan huruf ha’ pada kalimah وَمَنْ يَأ تِهِ مؤْمِنَا وَبِالقَصْرِ ( ط )فْ
- Ruwais membaca huruf ha’ dengan pendek pada kalimah يَأ تِهِوأرجه بن
- Ibn Wardan membaca dengan pendek huruf ha’ أَرْجِهْ dalam surah al-A’raf dan as-Syuara.وَأَشْبِعْ ( ﺟُ ) دْ
- Ibn Jammaz dan Ruwais mengkasrahkan dalam dua keadaanوَفي الكُلٌ ( ﻓ )ﺂ نْقُلاَ
- Kholaf membaca dengan isba’ dan mengkasrahkan huruf ha’
وَفيْ يَدِهِ القِصْره (ط)لْ وَ ( بِ )ن تُرزَقانِه وَهَا أَهْلِهِ قَئِلَ امكُثوا الكسر ( ف) صَّلاَ
- Ruwais membaca dengan pendek huruf ha’ dalam (بِيَدِهِ عُقْدَةُ النَّكَاحِ) و( بِيَدِهِ فَشَرِبوُا مِنْه ) dua tempat dalam surah al-Baqarah.
وَ بن تُرزَقانِه
- Ibn Wardan membaca dengan pendek huruf ha’ تُرزَقانِه dalam surah Yusuf
فصَّلاَ
- Kholaf al-Asyir mengkasrahkan huruf ha’ dalam dua tempat iaitu surah Taha dan al-Qasas.
BAB IDGHAM KABIR
(M101139819)
ABU JAAFAR
- Abu Jaafar akan mengidghamkan huruf ta’ (ت) pada huruf dzal (ذ) pada kalimah (اتخذتم).
Contoh:(ُثم اتخَذْتُم) dibaca (ثم اتخَذتّم)(لئن اتخَذْتَ ) dibaca (لئن اتخَذتّ)
Dalil ad-Durrah : فان خلقوا أذكر والا فأهملا
IMAM YAAKUB
- Imam Yaakub hanya mengidghamkan kalimah-kalimah tertentu sahaja.
- Idgham Kabir ( Mislaini ) (والصاحب الجنب) di dalam surah an-Nisa’. Selain daripada tempat ini, akan dibaca dengan idzhar.
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham Kabir : وبا الصاحب ادغم (ﺤ)ـط
- Dalam bab Idgham Soghir, Imam Yaakub akan membaca dengan idzhar pada semua keadaan, iaitu:
- Pada bab Dzal (ذ) Idz (اذ).
- Pada bab Dal (د) Qad (قد).
- Pada bab Ta’ Ta’nis (ت).
- Pada bab Lam (ل) Hal(هل) dan Bal (بل).
Kecuali pada kalimah (اخذت) atau (اخذتم), riwayat Rauh akan membaca dengan idgham.
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham Soghir:
واظهر اذ مع قد وتاء مؤنث
(ا)لا (ﺤ)ـز وعند لثاء للتاء (ف)ـصلا
وهل بل فتى هل مع ترى ولبابغا
نبذت وكاغفرلي يرد صاد (ﺤ)ـﻭلا
واخذت (ط)ـل
IMAM KHOLAF
- Imam kholaf akan megidzharkan huruf ta’ ta’nis (ت) apabila bertemu dengan huruf tha’(ث) seperti (كذبت ثمود) dan akan membaca dengan idgham apabila bertemu dengan baki huruf yang lain, iaitu huruf ج, ظ ز, ص, س.
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham Soghir : ... وعند الثاء للتاء (ف)ـصلا
- Bagi Idgham Soghir dalam bab Lam (ل) (هل) dan بل)), imam Kholaf akan membaca dengan idzhar sama ada (بل) bertemu dengan huruf س ,(هل) bertemu ث atau (هل) dan (بل) bertemu huruf ت.
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir : وهل بل (ف)ـتى
- Imam Kholaf akan membaca dengan idzhar apabila huruf tha’ (ث) bertemu dengan huruf ta’ (ت), seperti (اورثتموها) pada seluruh al-Quran. Begitu juga pada kalimah (لبثت) dan (لبثتم).
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir : ...اورثتم (ﺤ)ـمى (ف)ـد لبثت عن ـهما
- Imam Kholaf akan membaca dengan idgham pada huruf nun (ن) yang terdapat pada awal surah Yasin dan surah al-Qalam, iaitu (ن القلم) dan (يس والقران الحكيم). Imam Kholaf juga akan mengidghamkan huruf sin (س) yang bertemu dengan huruf mim (م) pada (طسم) di awal surah as-Syu‘ara’ dan al-Qasas.
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir : ويسن نون ادغم (ف)ـدا (ﺤ)ـط وسين مي ـم فز
- Imam Kholaf akan membaca dengan idzhar pada kalimah (اركب معنا) di dalam surah Hud.
Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir :وفى اركب (ف)ـشا الا
Thursday, August 26, 2010
BAB BASMALAH DAN UMMUL QURAN
(M101139819)
Imam Abu Jaafar
- Dalil adDurrah dalam bab ummul Quran:Membaca basmalah antara 2 surah kecuali antara surah al-Anfal dan at-Taubah.
وبسمل بين سورتين ( أ ) ئمة
Imam Yaakub
- Membaca basmalah dan tanpa basmalah ( saktah dan wasol ) antara 2 surah kecuali antara surah al-Anfal dan at-Taubah ( tanpa Basmalah )
فاءن خالفوا أذكر وإلا فأهملا
Imam Kholaf
- Manhaj Imam Kholaf banyak persamaan dengan manhaj Imam Hamzah.
Imam Abu Jaafar
- Pada kalimah مالك di dalam surah al-Fatihah , Abu Jaafar akan menghazafkan alif ( ا ) dan dibaca ( ملك )
- Membaca dengan silah pada semua mim jama’ ketika wasol iaitu pada kalimah ( هم ,هم , كم ، ( تم
Dalil adDurah dalam bab Ummul Quran :وصل ضم ميم الجمع ( أ ) صل
Imam Yaakub
- Pada kalimah ( مالك ) didalam surah al-fatihah,Imam Yaakub akan mengisbatkan huruf alif ( ا ) selepas huruf mim م )
Dalil adDurrah dalam bab ummul Quran :ومالك (ﺣ) ز (ف) ز
- Pada kalimah ( الصراط ) sama ada ( ال ) ataupun tidak , riwayat Ruwais akan membaca dengan sin ( س ) menjadi ( السراط ) pada seluruh al-Quran.
Dalil adDurrah dalam bab ummul Quran :وبالسين ( ط ) ب
- Imam Yaakub akan mendommahkan ( ʼ ) huruf Ha Dhomir ( ھ ) sama ada huruf Ha Dhomir ( ھ ) tersebut jama’ muzakkar atau jama’ muannas atau muthanna dengan syarat sebelumnya ada huruf ya ( ي ) yang sukun ( º ).
Dalil adDurrah dalam bab Ummul Quran :والضم في الهاء (ﺣ) للا عن الياء إن تسكن سوى الفر
- Jika mim jama’ bertemu dengan huruf hamzah wasol (ﭐ ) maka Imam Yaakub akan membaca dengan dua wajah :
- Jika sebelum huruf ha ( ھ ) ada huruf ya ( ي ) yang sukun ( º ) , maka huruf ha ( ھ )tersebut akan didhommahkan.
- Jika sebelum huruf ha ( ھ ) tiada huruf ya ( ي ) yang sukun ( º ) , maka huruf mim م ) ) akan dikasrahkan.
Dalil adDurrah dalam bab ummul Quran:وقبل سا كن أتبعا (ﺣ) ز
Imam Kholaf
- Pada kalimah ( مالك ) didalam surah al-fatihah , imam Kholaf akan membaca dengan ithbat Alif ( ا )
- Pada kalimah ( صراط ) dan (الصراط ) yang terdapat pada seluruh alQuran. Imam Kholaf akan membaca dengan shad ( ص )
Dalil adDurrah dalam bab ummul Quran :والصراط (ف) ﻪ اسجلا
- Imam Kholaf akan membaca dengan kasrah huruf Ha ( ھ ) pada kalimah ( عليهم ) إليهم ) dan ( لديهم )
Dalil adDurrah dalam bab Ummul Quran :واكسر عليهم إليهم
BAB ISTI'ADZAH
Ahmad Saufi bin Hashim
(M101139819)
1. Makna isti’adzah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Iaitu minta atau memohon perlindungan Allah daripada syaitan.
2. Terdapat 3 sighah isti’adzah iaitu
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطﺎﻦالرجيم
2) Menyambung isti’adzah dengan awal surah.
Pengenalan Ilmu Qiraat
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan bahawa al-quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dengan 7 huruf.
Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Telah bersabda Rasullullah s.a.w “Jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf,maka aku sentiasa mengulang-ulanginya.aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut .Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”